Jun 2, 2011

lalalalalalala

Exam memang dah lama habis.Sekarang cuti sekolah ni ada banyak masa boleh hadap depan komputer sampai lebam mata.Ditambah lagi dengan kelajuan internet, peh sedap betul kalau dapat update blog tetiap hari.

Tapi kalau mood takde, macam sia-sia.Ada banyak masa, internet tengah laju, eh tetiba takde rasa nak blogging.Idea ada tapi jari ni pulak malas nak menari.

Mungkin aku patut blame tumblr?

Mungkin, sebab ketagihan aku terhadap tumblr. Tumblr adalah dimana kamu boleh mengepost atau mereblog teks, foto, atau apa-apa saja yang menarik bagi kamu atau mengenai diri kamu.skema betul ayat -.-Kebanyakan orang suka reblog benda dari orang femes-memes.Tapi tak semestinya.Reblog mungkin kerana ia menarik untuk diletakkan di tumblr kamu.Eceh.

Jadi kat tumblr ni cuma reblog je , tak payah nak perah otak idea. Tapi bila nak blogging , kena ada idea, takde idea pun buat-buat ada idea (tulis merapu) asalkan mood nak menulis tu ada.
Cuma sekarang aku sedang meyesuaikan diri untuk menulis.Maka terhasil lah entri ini.
Yeeha!

No comments: