Aug 27, 2011

Augustus

time aku menulis entri ni, hujan tengah turun. time macam nilah memang sedap tidur lebih-lebih lagi lepas sahur dan solat subuh. tapi sejak lepas solat subuh dah tak boleh nak tidur balik, So gua balik ke katil gua, gapai earphone masukkan dalam telinga sambil mendendangkan lagu Moves Like Jagger nyanyian Maroon 5, cuba untuk lelapkan mata.

Ok, tak boleh juga.Nampaknya tangan gua ni dah mula gatal2 nak buka laptop. Dengan berbekalkan power batteri yang hanya tinggal lebih kurang satu jam , gua pun buka laman web tumblr, scrolling scrolling reblog scrolling sampai last post yang direblog semalam.Nasib baik tak banyak post.Kerja tumblr selesai.

Gua teringatkan pula blogspot ni.Ya, dah lama tak berupdate.Gua pun tak tau nak update apa.Nak kata tiap-tiap minggu ada macam-macam jenis exam dan test, hari- hari juga lah gua bukak tumblr.Kecuali hari Khamis tu tak bukak sebab demam.

So senang kata bulan Ogos ni memang busy dengan ujian bulanan dan pra -trial dan kemudian akan disambung pada naik cuti sekolah untuk trial. Kiranya masa  raya ni tak macam rayalah cuma baca buku dan duduk rumah tunggu orang datang nak beraya.


ok, hujan dah reda.