Apr 30, 2011

Should I worry about this?

Saya ada seorang kawan.Bukan, rakan sebaya secara tepatnya.saya dan dia dan beberapa ratus pelajar lain dipanggil kerana layak untuk menerima sebuah netbook.Ya, memang gembira dapat itu.

Tapi, bukan mahu cerita saya dapat itu,saya pasti kamu dan kamu dan kamu tidak enak untuk membacanya. saya mahu cerita kawan saya yang menolak daripada menerima netbook itu.

Kenapa ya?

Bukan senang nak dapat secara percuma.

Orang lain tidak puas hati kenapa mereka tak dapat.

Bahkan orang cina yang saya rasa berkemampuan tapi tersenarai sebagai layak, mereka pun tidak melepaskan peluang.Saya rasalah.

Berbalik kepada kawan itu,

Saya ada membaca komen facebooknya tempoh hari.Dia kata; dia mempunyai adik yang memang sudah pun menerima netbook itu.

Dan sebenarnya, dalam syarat2 untuk menerima benda itu,setiap kediaman, satu komputer sahaja.

Bagi saya, mungkin dia mahu berlaku jujur dalam hal ini.Dia memang seorang yang baik dan saya respek dia.Memang patut untuk menjadi pelajar contoh sekolah.

Itu cerita dia.


Bagi cerita saya sekarang,

oleh kerana saya dan adik saya; berlainan sekolah,

adik saya pula berpotensi untuk mendapat itu.

Macam mana ini?

Patutkah?

Jawapannya; MUNGKIN tak patut.



Tapi...
leave it to parents , anyway?
I dont know.

No comments: