Apr 30, 2011

Should I worry about this?

Saya ada seorang kawan.Bukan, rakan sebaya secara tepatnya.saya dan dia dan beberapa ratus pelajar lain dipanggil kerana layak untuk menerima sebuah netbook.Ya, memang gembira dapat itu.

Tapi, bukan mahu cerita saya dapat itu,saya pasti kamu dan kamu dan kamu tidak enak untuk membacanya. saya mahu cerita kawan saya yang menolak daripada menerima netbook itu.

Kenapa ya?

Bukan senang nak dapat secara percuma.

Orang lain tidak puas hati kenapa mereka tak dapat.

Bahkan orang cina yang saya rasa berkemampuan tapi tersenarai sebagai layak, mereka pun tidak melepaskan peluang.Saya rasalah.

Berbalik kepada kawan itu,

Saya ada membaca komen facebooknya tempoh hari.Dia kata; dia mempunyai adik yang memang sudah pun menerima netbook itu.

Dan sebenarnya, dalam syarat2 untuk menerima benda itu,setiap kediaman, satu komputer sahaja.

Bagi saya, mungkin dia mahu berlaku jujur dalam hal ini.Dia memang seorang yang baik dan saya respek dia.Memang patut untuk menjadi pelajar contoh sekolah.

Itu cerita dia.


Bagi cerita saya sekarang,

oleh kerana saya dan adik saya; berlainan sekolah,

adik saya pula berpotensi untuk mendapat itu.

Macam mana ini?

Patutkah?

Jawapannya; MUNGKIN tak patut.



Tapi...
leave it to parents , anyway?
I dont know.

Apr 23, 2011

Girl Crushes #1







My new crush.

Know her?

:)

Apr 17, 2011

Semakin Pelik

Pemadam.
Hanya boleh menggunakan correction tape sebagai pemadam.

Koperasi.
Ditutup.Akibatnya kantin menjadi sesak dan makanan cepat habis.

Buku peraturan.
Budak form 5 dipaksa juga untuk beli  buku peraturan yang baru.walhal buku itu belum sampai.sekarang dah bulan 4.awal tahun lagi duit itu sudah dibayar.

Telefon bimbit.
Yang ni aku tak paham.Seberat mana pun hukuman, diorang tetap degil.Sapa bawak , henpon dirampas.bawak lagi terus gantung sekolah.Tapi,
Semakin cikgu ungkitkan, semakin ramai lah yang bawa.Macam lah diorang ni tak reti nak jaga henpon.Waktu sekolah silentkan.Time balik, boleh tepon mak ayah ,boyfee tolong amik.Adoi.




::Sabar-sabar.Ada beberapa bulan je lagi. -.-

Apr 14, 2011

Buku Rujukan

Aku takde abang atau kakak atau abang angkat atau kakak angkat atau yang seumpamanya yang lebih tua daripada aku untuk aku meminjam buku rujukan.Nampaknya tahun ni terpaksa jugak nak kena beli.

Masalahnya, bila aku nak beli buku, tak kira buku ilmiah ke tak, mak aku mesti komplain.Time aku nak beli apa-apa buku, memang panjang lebarlah leteran-leterannya.Bukan untuk memperli, tapi nak beli buku je pun.

'haih, nak beli buku lagi?'

'beli buku untuk apa?'

'mahal ke buku tu?'

'cikgu suruh ke?'

Buku rujukan mungkin penting untuk pelajar nak amik peksa ni.dan mungkin lebih penting daripada buku teks yang macam tak cukup information untuk ditulis di bahagian essay nanti.Bila aku masuk tuisyen yang sekolah punya, aku memang mengharapkan cikgu akan membagi nota-nota .Tapi, apa yang cikgu bagi ialah kertas latihan dan apabila untuk menjawab latihan mestilah kena ada buku rujukan.Tak main la buku teks.dan takkan la asik pinjam kawan punya, ye dak?



Sekarang.
aku tak tau excuse macam mana nak  tanya ma nak neli buku rujukan physics yang berharga rm24.00 ringgit itu.
Pasti soalan-soalan seperti di atas akan dilontarkan kepadaku.

Apr 9, 2011

Tak Perlu Jadual Waktu Pun



5.30: Bangun.Tidur ayam.


6.15: Bangun.

6.30: Habis mandi.Sembahyang.

6.45: Makan.

6.50: Masuk dalam kereta.



7.10: Sampai depan pintu sekolah.

7.40: Start belajar.


















13.50: Habis belajar.

14.00:Sembahyang, makan.

15.00-: Tuisyen









17.00:Balik.mandi.sembahyang.makan petang.

18.00-Rehat.Ketawa-ketawa.Senyum-senyum.



19.30:Makan.

20.00:Sentuh buku.



22.00:Masuk bilik.

23.00:Tidur.





___________________________

hari yang berikutnya pun sama.Dan juga hari seterusnya, dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya



dan seterusnya


dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya

dan seterusnya


sehinggalah hari kertas terakhir
Sijil Paling Menyeronokkan!


sungguh predictable bukan?