Mar 17, 2011

Komen Genius

Kalau kita nak tengok sesuatu video cam kat youtube, sementara menunggu video tengah loading, kita baca komen-komen kat bawah video tu.Kadang-kadang kena baca jugak kan mana tau video tu tipu.Contohnya nama video tu lagu blablabla tapi bila tekan play lagu lain pulak.Hah, bila tengok kat komen tu orang maki-maki fake video, takde lah buang masa nak tunggu loading habis kalau benda tu dah fake.

Sekarang, bukan gua nak cerita tu sebenarnya.

As you can see on Youtube, ramai orang bila nak komen akan buat sekreatif habis komen dia, dengan harapan nak dapat 'thumbs up'.Benda ini pun dah jadi trend sejak youtube ciptakan button 'like' 'dislike' 'thumbs up'  dan 'thumbs down'.Berebut-rebut nak buat komen yang kreatif supaya komen terletak kat atas sekali, dan bila dah terletak atas lagi ramai lah yang akan thumbs up.

Contoh, yang agak klishe lah, kalau tonton music video atau apa-apa video yang berlagu





Sebenarnya, gua pun tak terlepas peluang nak buat komen menarik kalau ada sesuatu video baru.:hahahah: Ada satu video ni, gua pun komen dan komen ni memang panjang.Lepas tu gua blah.
Keesokan harinya gua pun terfikir nak tengok balik komen gua, mana tau ada orang reply.Tengok balik, WOW!
22 thumbs up for the first time!

Gua apa lagi memang la suka, tapi takdelah jakun.Cuma tak sempat nak tengok komen gua kat atas sekali.
So, sebab tu orang suka buat benda ni.
Takde faedahnya pun, tapi komen tu yang popular, lepas tu hilang entah ke mana.Benda ni pun sama je kalau nak create status facebook, mesti kena kreatif biar dapat banyak 'like".Baru rasa diri tu popular.Kamu mesti buat macam ni kan?

4 comments:

fahrin ahmad said...

btol2..biasanya gua tgk komen dulu..tak kire nk tahu btol ke tak..

gua baru je terkena 53 min lepas..nk usha cite 2012..tibe2 ade ceramah pasal kiamat

Hayla said...

LOL!
ni fahrin ahmad pelakon ke?eceh, haha

nak tengok cite kat youtube memang terhad, ada yang ada, ada yang takde.
kalau ada better check dulu kat bagian komen.banyak video yang suka buat prank/fake.

Lucifer said...

haha, aku baru tahu yang orang akan buat komen skreatif yang mungkin kat youtube. -.-" no wonder.

Hayla said...

yup, that's true